CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Click here for Myspace Layouts

Thursday 21 July 2011

Apakah itu feqah

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah dengan limpah kurnia daripada Allah s.w.t akhirnya dapat juga saya menyediakan satu blog yang berbentuk pembelajaran. Penulisan blog saya pada kali ini berkisarkan tentang pelajaran Feqah. Semua sedia maklum bahawa sejak dari bangku sekolah lagi pembelajaran Feqah telah diterapkan kepada kita dan ia menjadi suatu pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam.

  Tambahan pula apabila kita sebut sahaja berkenaan pelajaran Feqah,maka kita akan berfikir sejenak.yang mana pembelajaran Feqah berkaitan dengan suatu rukun yang menjadi tanggungjawab bagi umat Islam, iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah Rukun islam. Saya selaku penulis tidaklah berapa arif berkenaan hal keagamaan, tetapi apa yang saya ketahui bahawa  rukun islam merupakan suatu perkara yang dituntut oleh islam dan wajib keatas setiap orang islam melakukannya jika berkemampuan.Sedia maklum bahawa rukun islam mempunyai lima perkara yang menjadi tanggungjawab kita iaitu:

1- Mengucap dua kalimah syahadah

2- Solat

3- Zakat

4- Menunaikan Puasa

5- Menunaikan Haji

  Dilampiran sebelah kanan blog saya ada memaparkan sebuah video nasyid dendangan kumpulan Ae-Man yang bertajuk "Rukun Islam" yang menerangkan berkenaan rukun islam hayatillah bersama-sama......